
Yess...here we go...
Susu Kambing??
Kepentingan dalam hidup anda...

Disamping itu,susu kambing juga tidak kalah dibandingkan dengan susu lembu dari segi khasiatnya. Salah satu faktor yang menyebabkan kurangnya minat untuk mengamalkan pengambilan susu kambing ialah tanggapan negatif bahawa kononnya susu kambing itu "panas" dan boleh mengakibatkan darah tinggi. Hakikatnya, susu kambing sebenarnya berfungsi menstabilkan darah, jantung dan banyak lagi. Akan tetapi...berapa peratus masyarakat dunia khususnya rakyat Malaysia yang tahu akan manfaat susu kambing?
Susu kambing sebenarnya mengadungi kandungan gizi lengkap dan baik untuk kesihatan. Ianya tidak mengandungi beta-lactoglobulin iaitu penyebab alahan yang boleh menyebabkan asma, masalah pernafasan, radang telinga, infeksi kulit dan gangguan saluran pencernaan. Susu kambing mempunyai tindak balas alkali yang memberi faedah kepada mereka yang mempunyai masalah asid terlalu banyak dalam perut dengan cara menipiskan asid hidroklorik perut dan melindungi membran mukus di permukaan lapisan perut dari rosak.
Sejarah Susu Kambing..
Nabi Adam a.s.
Bermulanya tamadun manusia habil dan Qabil menternak kambing dan ianya merupakan ternakan haiwan pertama di dunia.
Beliau merupakan penternak kambing yang agung. Terdapat 12, 000 ekor anjing yang menjaga kambing-kambingnya. Berlaku peristiwa sedekah (kambing) yang terbesar dalam sejarah islam.
Nabi Isa a.s.
Beliau juga merupakan seorang penternak kambing. Wujudnya Bani Israel- bangsa yahudi (satu bangsa yang dikenali cerdik). Mengamalkan minuman susu kambing sehingga ke hari ini.
Peristiwa Israk Mikraj.
nabi Muhammad SAW telah disediakan dengan tiga jenis minuman oleh jibrail iaitu Arak, Madu dan Susu. Baginda memilih susu.(minuman yang terbaik di dunia selepas susu ibu).
Nabi Muhammad S.A.W.
Di antara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasullullah SAW adalah susu kambing segar, yakni langsung diminum sesudah diperah dari kambing.
Tokoh sejarah India, Mahatma Gandhi pula minum segelas susu kambing setiap pagi dan malam sebagai amalan hariannya. penganut agama Hindu mengamalkan minum susu kambing bertujuan untuk meningkatkan daya ingatan, juga di dalam amalan perubatan mereka.
Puteri Maharaja China.
Puteri-puteri Maharaja China pada zaman dahulu juga mengamalkan minum susu kambing dan sering berendam di dalam susu kambing untuk menjaga kecantikan mereka.

Terima kasih...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan